Saturday, April 17, 2010

Yess!! Aku sungguh bermotivasi jd surirumah sepenuh masa...

Salam,

Rajin pulak aku menulis sejak dua menjak ni. Saje la syok sendiri. Kali ni aku nak menulis pasal topik wanita bekerja atau duduk di rumah? Pernah seorang sahabat bertanya pada aku apa perasaan aku menjadi surirumah sepenuh masa. Sbgai seorg yg ceria2 sudah tentu la jwpn aku pn ceria2, ...hahaha...jwb aku, biase jer2, xde rasa apa2 pn, seronok ada la...hahaha.

Ada kwn berkata, malu la nk ckp bila kwn2 lama tanya 'ko skrg keje apa'? segan nk beritahu 'aku surirumah sepenuh masa'. Tambah pulak kebanyakan sahabat2 semuanya menjadi org yg berjaya, kaya, dan berkerjaya. Kalau tak berkerja pulak, ada yg dapat laki kaya. Hahahaha.... Dan tambah segan bila yg bertanya tu pulak guru2 yg mengajar dan mendidik kita dulu.

Macam ni la, aku tak tahu pandangan orang lain macam mana, tapi pandangan aku cukup simple, bersyukur dgn apa yg aku ada, apa yg aku miliki. Tp mungkin jgk akn ada yg berkata, ko dpt apa yg ko nak jd boleh la ko ckp macam tu. Hahaha.....ketawa lagi aku. Tiba2 aku teringat kata2 seorang sahabat aku tidak berapa lama dahulu. Katanya 'aku tgk ko gembira, bahagia jer, jeles aku'.......hahaha...gelak lagi aku. Jawab aku, 'mana ko tahu aku bahagia?' kemudian kawan aku menyoal balik, 'habis tu ko tak bahagia ke?'....aduh.....susah nak cakap. Sebenarnya kita tak boleh cakap org tu bahagia atau gembira hanya kerana pandangan zahir sahaja. Sebenrnya aku pun ada banyak masalah (yg tidak boleh diceritakan) tp tak kan la kita nak menwar2kan masalah peribadi kita pd umum. Ada banyak perkara yg perlu difikirkan, tambah2 pulak apabila melibatkn keluarga kita. Dan sebagai seorg isteri sudah pasti kita wajib menjaga aib suami kita.

Berbalik kpd persoalan keje tak keje tadi. Dulu memang aku ada rasa begitu malah sering sahaja bersedih hati kerana tidak memiliki pekerjaan yg diimpikan. Pernah juga terasa seperti hendak men'carik'2kan sahaja ijazah yg dimiliki, malah lebih teruk lg dalam hati terdetik bermacam kata2 kecewa. Dalam doa sentiasa kupohon agar mendapat pekerjaan. Tapi setelah masa berlalu sedikit demi sedikit tiba2 aku terfikir, 'kenapa Allah s.w.t takdirkan semua ini kepada aku setelah apa yg aku usahakan'? Sudah pasti ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yg terbaik untuk aku. Maka, aku pun mengubah doa aku drpd memohon pekerjaan kepada memohon apa yg terbaik untuk aku. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit dapat aku rasakan kebaikan disebaliknya. Sentiasalah bersangka baik pd Allah s.w.t, insyaallah hati kita akan tenang.

Ada org kata wanita kena kerja sbb jaminan klu jadi apa2 pd kemudian hari akan ada tmpt bergantung dan tahu berdikari. Ada betulnya jugak tp ntah kenapa aku rasa mcm ada yg tak kena. Yer la, bkn semua wanita bernasib baik dpt pekerjaan, dan klu bekerja adkah itu jaminan yg kehidupan kita akn sempurna tanpa pancaroba? dan adakah wanita yg tak bekerja tu tak tahu berdikari? kompleks.....kalau berdebat pasal hal ini, sampai sudah la tak habis. Bukan la bermaksud aku suruh semua wanita pakat2 duk kt rumah. Tidak. Wanita juga ada sumbangan penting pd masyarakat. Kalau tak ada doktor wanita, mcm mana la wanita nk dpt khidmat kesihatan? Klu tak ada ustazah, mcm mana wanita nk tanya hal2 sulit berkenaan hukum & kewanitaan? Kalau tak ada wanita bekerja, mcm mana nk berikan perkhidmatan pd wanita. Begitu la lebih kurangnya. Namun tempat wanita yg terbaik adalah di sisi suaminya. Manakala wanita yg memiliki kepakaran tertentu terpaksala berkorban sikit demi untuk masyarakat.

Teringat aku semasa mengambil kelas bahasa arab (kertas pilihan) di universiti dulu. Pensyarahnya adalah seorang ustaz dari syiria. Fasih berbahasa melayu tetapi ada pelat2 arab, alaaaaa...seperti dalam filem p.ramlee tu...bila p.ramlee ajuk pelat2 arab tu, sebijik mcm cara ustaz ni bercakap. Berkata la ustaz ni 'feremfuan yang keluar berkerja adalah feremfuan jahat'. Maka kami sekelas pn tersengih2, terkehkeh. Memandangkan ustaz ni jenis kelakar & ditambah pula dgn pelat bahasa melayunya itu, aku lgsg x ambik pot apa yg dia ckp. Malah sekali lalu terfikir dlm otak, klu wanita tak boleh keje, baik tak payah masuk u....hahaha....

Aku tertarik dgn artikel ustaz zaharudin berkaitan topik ni. antaranya Wanita, Aurat, Kerjaya & Suami Nusyuz, Hukum Wanita Kerjaya Beserta Keputusan Majlis Fiqh Dunia. Pesan aku bg wanita yg bekerja, bekerjalah dgn penuh amanah & jaga la batas2 kita sbg wanita muslimah. Pesan aku kpd wanita yg menjadi surirumah sepenuh masa, usah sedih, berkhidmat la kpd keluarga dgn gembira, insyaallah banyak hikmah & pahalanya. Malah wanita di rumah skrg pn cukup pandai berdikari dgn membuat bisnes online, masa pn masih byk bersama keluarga. Alhamdulillah. Walau di mana tempat kita, keperluan yg mendesak kita sama ada bekerja atau tidak, syukurlah dgn apa yg kita ada skrg & hargailah diri kita sendiri, sesungguhnya diri kita begitu berharga....(hahaha...mcm iklan pulak).

p/s:aku merasa puas menjadi surirumahtangga sepenuh masa. mungkin aku tak sekuat wanita berkerjaya yg lain yg tabah membahagikan masa antara kerja & keluarga. Kalau aku berkerja sperti zmn bujang dulu, balik lewat malam, rakan sekerja pula ramai lelaki, perlu terkejar due date.. huh! mau pengsan aku.

No comments:

Post a Comment