Sunday, February 14, 2010

Alamak! Mcm mana pulak nak guna benda alah ni...

Hahaha....nak tergelak pun ada ni. Nak tulis blog konon tapi duk terkial2 macam mana nak guna benda alah ni. Sian kat aku. Baru try post pertama, aduyai....tak menarik langsung bila view blog aku ni. Aaah...rasa macam malas la pulak nak ber blog2 nih. Malas lah. Eh eh... nanti dulu, kata nak memotivasikan diri sendiri, macam mana pulak boleh patah semangat cepat sangat nih. Tgk org lain buat blog bukan main cantik lagi. Ada yg bercerita pasal kehidupan seharian, bercerita kehidupan di rantau org, bercerita tentang agama, masakan, kesihatan, jual berjualan, dan mcm2 lagi. Tak kan org lain boleh buat, aku tak boleh buat? Ok la, tgk setakat mana motivasi aku nanti. Buat masa ni tido dulu la sbb hari dh lewat malam.

Pembuka bicara

Salam,

Aku berfikir sejenak macam mana nak memulakan post pertama blog ini. Tak pernah terlintas pun nak buat blog, nak tulis blog macam orang lain. Aku suka baca & tengok blog tp aku tak pandai mcm org lain nak mengarang ayat yg sedap2, nak cerita kisah2 yg menarik. Tak ada apa yg best pun nak dikongsi dgn orang lain. Tapi, akhirnya aku mencuba juga, sekadar untuk memotivasikan diri aku sendiri. Daripada aku tak de kerja, baik aku explore sesuatu yg aku tak tahu lagi. Klu ada org baca, mana la tau sama2 boleh kongsi2 perkara yg dapat memotivasikan diri. Walau bagaimana pn, aku bukan lah pakar motivasi atau pn pakar psikologi. Malah bkn juga lulusan dlm bidang tersebut. Cuma sekadar berkongsi apa yg aku rasa & fikir sahaja melalui pengalaman yg tak seberapa.

Hah, itu dia intro nyer. Tp mcm tak best, ayat macam skema jer....hehe, bkn jiwa aku la. Tp tak apa la sekali sekala. Sebut pasal motivasi ni automatik dlm kepala dh terbayang pakar2 motivasi seperti Datok Dr. Haji Fadzillah Kamsah, Dr. ISmail Zain dan ramai lagi. Haaa... blog ni bkn mcm tu tp ini cerita org yg tak pakar motivasi nak memotivasikan diri sendiri. Itu sahaja.

So, selamat bermotivasi. :-)