Saturday, April 10, 2010

Apa yang aku tak bersyukur sangat?

Salam,

hampir terlupa aku pada kewujudan blog aku ni. hahaha....bukan dah tak bermotivasi cuma motivasi aku lebih tertumpu pd urusan harian sehingga tidak sempat menjengah ke sini. yer la, nk menulis kena la ada ketenangan (tp jgn tenang sgt, nanti mengantuk pulak...'wink'!), maka baru la ilham tu datang.

syukur. apa makna syukur bg diri kita? kekadang kita manusia ni senang jer bercakap, saya bersyukur itu & ini, saya bersyukur dikurniakan itu & ini. tp tak de maknanya kalau bersyukur tu hanya di bibir. buktikan syukur anda itu dgn perbuatan, tunjukkan syukur anda itu dgn seikhlas hati. tapi bukan tunjuk pada manusia, tunjuk pd pencipta kita.... Tak payah la kita bercakap pasal syukur kalau kita masih melakukan kemungkaran atau melakukan perkara2 yang dilarang-Nya. Korang boleh rujuk tentang bab syukur ni dgn ustaz-ustazah atau mereka yg pakar dalam agama. Aku tak berhak mengulas pasal ni sebab aku bukan lah arif dalam bidang yg berkenaan.

Bercakap pasal syukur ni tiba-tiba aku teringat kat kawan baik aku ni. Baik sangat dari zaman sekolah dulu2. KOrang pun mesti ada kawan baik masa sekolah muda2 remaja dulu.....hehehe. Aku tgk bespren aku ni bahagia, gembira, keje ada, suami ada, anak2 ada....semua ada. Terdetik dalam hati aku alangkah seronoknya dia, semua ada...suami pun selalu ingat tarikh2 bersejarah (alaaa....biasa la org pompuan, nk suruh suami ingt tarikh besday la, kawen la, nikah, la, kenduri la, besday anak, date mula2 jumpa la....mcm2...tp tak salahkn? hehehe). so, aku pn terjeles la. Dalam hati aku, nape la suami aku x sekuat ingatan macam tu.

Nak dijadikan cerita, suatu hari sahabat yg aku sayang ni membuka cerita yg kehidupan dia tak sebahagia yg aku sangkakan. Tak perlulah aku cerita kat sini. Alaaaa...tak kan aku nk cerita hal rumahtangga bespren aku kt sini....apa daaaa....tak baik tau. Tp apa yg boleh aku katakan yg sahabat aku tu mmg hidup menderita. Aku langsung tak sangka, sungguh aku tak sangka. Sampaikan 2-3 hari setiap kali sesudah aku solat mesti aku teringat kt kawan aku ni. Aku menangis. Sungguh aku tak sangka dia sederita itu. Tp apakah daya aku nk tolong tak mampu cuma dpt berdoa agar dia kuat & sabar.

Secara tiba-tiba aku mengisafi diri. Apa yg aku tak bersyukur sgt? Tak bersyukur sbb suami tak kuat ingatan tarikh bersejarah? Sepatutnya aku bersyukur walau suami tak kuat ingatan tarikh bersejarah tp dia masih ada untuk aku. Apa yg aku tak bersyukur sgt? Tak bersyukur sbb tak dapat shopping sakan? Emh, bersyukur la sbb aku masih ada anggota yg sempurna untuk nak gi window shopping....hehehe. Apa yg aku tak bersyukur sgt? Tak bersyukur sbb tak cun melecun? Bersyukur la sbb aku masih ada mata untuk melihat, masih ada hidung untuk menghidu, masih ada telinga untuk mendengar, masih ada tangan untuk menaip/bekerja, masih ada kaki untuk melangkah. Bayangkan bila semua nikmat itu ditarik....baru la terhegeh2 nk bersyukur dgn pemberian Allah S.W.T.

Macam lagu raihan, syukur itu banyak caranya....
So, sebagai membuktikan kesyukuran kita marilah sama-sama kita memperbaiki amalan diri masing-masing. Kalau yg tak tutup aurat tu, sila2 la tutup aurat. Kalau yg pakai ketat2 tu sila2 la longgar2kan pakaian anda (longgarkan yer, jgn korang lucutkan pulak...haruuuu). Kalau yg suka mengata orang tu, sila la kuncikan mulut tu, bercakap la perkara2 yg berfaedah sahaja. Kalau yg suka marah2 tu, kena la kuatkan sabar, bykkn istighfar. Kalau ada yg bergaduh tu, lepas ni bawak2kanlah berdamai. Kalau yg malas tu, lepas ni rajin2kanlah diri tu. Kalau dh buat yg wajib, rajin2kanlah buat yg sunat. HUrmmm...pesanan ni untuk diri aku juga. (Ending nk cepat sbb dh ngantuk...hehehe)

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment