Tuesday, April 13, 2010

Octomom

Semalam waktu tgh mengantuk tiba2 aku termenonton (maksudnya secara tak sengaja laa....) satu rancangan tajuknya ' My Life as Octomom'. Secara tiba-tiba mata aku yg mengantuk tadi jadi cerah. Apa benda octomom? hehehe...mesti dlm kepala otak dah terbayang octopus (sotong).So, mak sotong ke? hahaha.... Korang boleh search tajuk tersebut kt tenet ni & akan jumpa banyak cerita, berita, kisah & macam2 lagi tentang octomom ni.

Sebenarnya octomom ni merujuk kepada seorang wanita bernama Nadya Suleman yg melahirkan octuplets (kembar lapan). Nadya adalah seorg kristian warga American yg lahir di Fullerton, California. Memiliki Bachelor of Science degree in child and adolescent development (2006). Apa yg sensasinya dgn Nadya ini adalah dia merupakan ibu tunggal yg telah memiliki enam org anak serta tidak mempunyai pekerjaan. Nadya menimbulkan kemarahan rakyat amerika apabila melahirkan octuplets. Ini bermakna Nadya memiliki 14 org anak dan menggunakan sepenuhnya duit kebajikan untuk menyara kesemua anak2nya. Korang faham sendiri la negara welfare ni mcm mana. Rakyat yg bekerja akan dikenakan cukai (yg tinggi biasanya) bg menampung rakyat yg tidak bekerja termasuklah dgn anak-anaknya sekali. Setiap ank akan mendapat peruntukan masing2. Bertambah ank maka bertambahlah jumlah yg diperolehi. Dan bertambah jugalah cukai yg perlu dibayar oleh rakyat yg bekerja. Aku teringat kata2 seorang kenalan yg bekerja di sebuah negara welfare. "mmg gaji kt sini banyak dr negara kita, sbb ada minima gaji, tp tax dia pn tinggi...tak tahan." sambung akak tu lagi, " dia org kt sini tak payah keje pun boleh hidup beranak pinak, harapkan duit welfare. boleh beli kereta, bayar sewa rumah, peralatan rumah besar2". kemudian akak tu terus cerita lagi "makin byk anak, makin bertambahlah duit welfare, dia org lg suka klu ank bertambah. kita yg bekerja ni pulak, jenuh nak kena bayar tax yg tinggi." keluh akak itu yg memang menampakkan ketidakpuasan hatinya. Dalam hati aku pun berkata2, yer la kak, kalau bayar zakat lg berfaedah, sekurang2nya memberi kepada yg tak berkemampuan tp ini tidak, memberi kepada mereka yg sihat tubuh badan cuma dgn alasan tidak memiliki pekerjaan/susah nk dapat keje.

Berbalik kepada cerita Nadya td, kesemua 14 org anknya adalah 'dihasilkan' melalui kaedah IVF (in vitro fertilisation) dgn seorang penderma (yg didakwa Nadya sbg sahabatnya). Apa yg aku kagum dgn dia ni adalah kesungguhan dia dalam menjaga kesemua 14 org anaknya walau rata-rata rakyat amerika menggelarkannya gila, kurang siuman, menyusahkan & mcm2 lagi. Aku mmg tak boleh bayangkan mcm mana la Nadya ni boleh jaga 8 org bayi tanpa bantuan si ayah. Mcm mana la dia boleh tido mlm nk jaga semua tu, ditambah pulak dgn 6 org anak lg. walau bagaimana pun Nadya mempunya 3 org pembantu pd waktu siang.
Hurmm...aku tgk rumah dia mmg dh jadi nursery plak.

Apa yg boleh aku katakan, kesimpulan yg boleh diambil adalah dalam melakukan sesuatu pekerjaan kita kena la bersungguh. Mcm si Nadya ni, klu tak bersungguh, mau tumbang jugak nk jaga anak yg ramai sorang2 ditambah pula dgn cacian & kejian org sekeliling. Tapi kalau la Nadya ni rakyat Malaysia, aku yakin dia tak kan berani nk buat keje mcm ni, sbb mana dia nk cekau duit suntuk nak sara semua anak2 dia. Kat Malaysia negaraku tercinta, nak duit, sila la keje yer tuan2 & puan2....hehehe.......

No comments:

Post a Comment